Isnin, 13 Jun 2011

Bermula di sini ....




Assalammualaikum...

Dah lama tak edit blog ni... kata j
a ada blog tapi entah apa2, tapi bila tengok kawan2 lain dah mula ada blog kita pun sibuk nak update.... hendaknya kali ini akan terus update hingga akhirnya

Pertama bila dah mula nak update blog ni teringat apa pengisiannya. tapi akan ku cuba jua meneruskan catatan ini....

Sebelum ini ada sambutan hari ibu di Hotel Melor Inn anjuran Puspanita
Daerah Kerian ..

Semasa sambutan hari ibu ni .... pelbagai acara di adakan termasuk mendisklamasi sajak oleh salah seorang ahli puspanita.... saja ini telah menyentuh ramai para hadirin termasuk aku sendiri .... oleh itu aku sertakan sajak untuk tatapan kalian semuaaa...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Harap kalian juga akan tersentuh hati .... apa-apa pun Kasih Ibu Sepanjang Hayat




1 ulasan:

  1. selamat kembali berblog....memang dah lama tggu kwn2 punya hasil penulisan...

    teruskan blogging semoga sukses...saya akan support rakan blogger...

    "selamat Hari Ibu" kpd ibu2 sekalian.

    BalasPadam